Friday, July 2, 2010

PEPERIKSAAN RAE SESSI 2010-2

Pada tanggal 30hb Jun 2010 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Peperiksaan Amatur Radio ( Radio Amature Examination) atau lebih dikenali dikalangan rakan2 radio dgn singkatan RAE telah berlangsung dengan jayanya. Ramai rakan2 baru radio amatur telah menghadiri peperiksaan tersebut. Namun yang membuatkan saya kagum adalah majoriti yang mengambil peperiksaan kali ini adalah dari kalangan  rakan rakan dari negeri kelantan. Seramai 538 telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. Hanya sebilangan kecil sahaja yg tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut mungkin disebabkan oleh sebab2 yg tak dpt dielakkan lagi. Bersama sama ini saya ingin paparkan sebahagian suasana pada hari berlangsungnya peperiksaan tersebut untuk tatapan rakan2 yg tak dpt menghadirkan diri pada hari yang bersejarah ini. Selamat berjaya kepada mereka yg telah lulus dlm peperiksaan kali ini. dan kepada yg tak berjaya diharap berusaha lagi dgn lebih gigih pada masa akan dtg Insyallah.